Tagal Fish Spa, Kg. Luanti Ranau

Jika anda berkunjung ke Sabah atas urusan 'makan angin' atau bercuti, jangan sesekali lepaskan peluang untuk singgah dan rehatkan kaki anda di "Tagal Fish Spa, Kg. Luanti Ranau.

Tagal Fish Spa,  Kg. Luanti Ranau

Salah satu lokasi percutian yang menarik bagi yang pertama kali menjejakkan kali ke Sabah. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke tempat ini yang terletak kira - kira 10 kilometer dari pekan Ranau mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit jika tiada gangguan trafik yang sesak.

Terminal 2 Air Asia ( Kota Kinabalu ) berpindah lagi ??

BERITA BAIK !!
Sumber foto : Google
Semua operasi penerbangan dari Terminal 2 ( Air Asia ) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ( KKIA ) dijangka akan berpindah ke Terminal 1 KKIA.

Operasi sepenuhnya dijangka berkuatkuasa pada 1 JANUARI 2015.
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Dengan tersebarnya berita baik ini, sekaligus memudahkan kesemua pengguna, penumpang kapalterbang, pekerja - pekerja Lapangan Terbang KKIA, orang awam untuk berurusan di satu lapangan terbang sahaja pada masa akan datang.

Dengan cara ini juga, penumpang kapalterbang khususnya tidak perlu lagi risau terlepas penerbangan ( sekiranya perlu bertukar penerbangan dari MAS ke Air Asia ) atau tidak perlu risau tentang kesesakan lalulintas ketika hendak bergerak ke Terminal 2.

#info

KKIA dijangka mampu menampung sehingga 6.5 juta penumpang setahun selain memenuhi keperluan semua operasi penerbangan termasuk syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.

================
Jom cuti - cuti ke Sabah bersama kami :
Nusa Travel & Car Rentals Sabah

TIPS : Bercuti di Musim Hujan

Pada ketika ini, musim cuti persekolahan sudahpun bermula. Ramai yang sudahpun mula membawa keluarga mereka bercuti - cuti samada di dalam dan luar negara.

Di Malaysia khususnya, pada penghujung tahun sebegini kebiasanya musim tengkujuh akan bermula. Musim tengkujuh yang biasanya berlaku di antara bulan Oktober sehingga penghujung Januari depan.

TIPS MEMILIH HOMESTAY ( Khususnya di Sabah )

TIPS MEMILIH HOMESTAY ( DI SABAH )

Hai,

Kali ini Nusa Travel & Car Rentals Sabah ingin berkongsi sedikit tips dan panduan untuk memilih atau menempah homestay - homestay khususnya di seluruh Sabah.

Tujuan utama anda memilih homestay sebagai tempat penginapan percutian adalah untuk menjimatkan kos disamping merasai sendiri suasana sebenar cara hidup kampung di sesebuah daerah atau perkampungan di kawasan percutian anda. Ianya terasa seakan - akan berada di rumah sendiri. Ianya juga sesuai untuk percutian ahli keluarga atau rakan dalam kumpulan yang besar dan ramai.



May Homestay, Kundasang

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Sabah ( SIFC ) 2014 DITUNDA lagi.

Jika sebelum ini, mungkin ramai yang tidak sabar untuk melihat pertandingan berprestij yang julung kali diadakan di Sabah. Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Sabah 2014 ( Sabah International Fireworks Competition 2014 ( SIFC ) ) pada mulanya dijangka berlangsung pada bulan September 2014. Akan tetapi ditunda kepada tarikh yang bakal diumumkan bagi memberi laluan dan penghormatan kepada mangsa - mangsa tragedi MH 17.


Tidak lama selepas itu, tarikh baru untuk pertandingan berprestij itu telah diumumkan oleh pihak SIFC melalui website dan Facebook Pages pada tarikh 21-30 November 2014 bertempat di Taman Awam Teluk Likas.

Buat pertama kalinya, Sabah International Fireworks Competition ( SIFC ) 2014 dijangka akan berlangsung pada 21 - 30 November 2014 bertempat di Taman Awam Teluk Likas, Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.

Sebanyak 8 kumpulan profesional dari seluruh dunia akan menyertai pertandingan ini dimana setiap daripada mereka akan mempersembahkan kreativiti dan kelainan dalam efek serta warna pertunjukan bunga api yang akan dipamerkan.

Bayangkan lebih 8 hari berturut-turut Bandaraya Kota Kinabalu akan diserikan dan digegarkan dengan persembahan lebih 50 letupan bunga api hampir setiap malam !!


Petikan daripada Facebook : NTCR

Kota Kinabalu Timelapse video

Bagi sesiapa yang merancang untuk ke Sabah ( khususnya musim cuti sekolah nanti ), anda boleh saksikan video menarik ini. Sebuah timelapse video yang menarik yang dirakamkan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Antara lokasi yang sempat dirakamkan dalam video ini ialah :-

EVENT 2014 : TAMU GADANG UNIVERSITI MALAYSIA SABAH ( UMS ) 2014

Logo Rasmi Tamu Gadang 2014

Seperti tahun - tahun sudah, Pesta Tamu Gadang akan berlangsung sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) yang ke-16. Pesta Tamu Gadang ini akan bermula pada 18-24 November 2014 ini. ( Bersamaan dengan tarikh konvokesyen UMS 2014 : 21-24 Nov 2014 )

Pesta Tamu Gadang ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada Mahasiswa / Mahasiswi dan juga pengunjung dari luar untuk datang melihat dan menyertai aktiviti - aktiviti yang dianjurkan sepanjang tempoh pesta tersebut.

Antara aktiviti - aktiviti yang akan dijalankan sepanjang pesta tersebut ialah :-


  • Pocket Bike Race
  • Bikers Show
  • Car Autoshow
  • Aktiviti Berbasikal Malam
  • Pertandingan Menyanyi Lagu Tempatan
  • Pertandingan Menari Moden ( Modern Dance )
  • Pertandingan Koir
  • Pertandingan Konsert Pelajar
  • Strongest Man Challenge
  • Pertandingan Permainan Video "Dota"
  • Perlumbaan Kereta "Tamiya"
dan banyak lagi......

Cuaca Sejuk di Kundasang, Ranau ( 12°c )

Selamat pagi...Sempat lg Admin ucapkan Salam Aidiladha rasanya.. :)
Berikutan dari cuaca hujan yang kerap semenjak kebelakangan ini, sekitar daerah Kundasang dikhabarkan mengalami cuaca yang amat sejuk dan berkabus. Dibawah antara cerita yang dikongsikan daripada pemilik homestay d Kundasang.

"Info : Kundasang kini mengalami Musim Sejuk dengan hujan, kabus Dan berangin dengan suhu mencecah 18 darjah celsius waktu siang Dan Turun hingga 12 darjah Celsius waktu malam. Sila bawa Baju tebal sekiranya anda ingin datang melawat ke Kundasang.
Kabus dan Kesejukan Di Kundasang
Siapa yang ada Aircond di Kundasang? kalau mahu tahu datanglah berkunjung ke Kundasang untuk mengetahuinya."

Menarik bukan ? Bagi yang belum pernah ke Kundasang, inilah peluang anda untuk merasai sendiri kesegaran dan kesejukan udara di Kundasang. Anda langsung terlupa akan perihal kerja, lupa segala penat lelah berjalan, bila berada di Kundasang. 
Ditambah pula dengan pemandangan GUNUNG KINABALU yang amat indah.
Pastinya pengalaman yang terbaik.

Kami kongsikan beberapa gambar yang kami ambil dari page homestay di Kundasang : HOMESTAY KUNDASANG ROSEWOOD HOME COTTAGE 

Contoh - Contoh Koleksi Iklan Yang Menarik

Iklan yang kreatif biasanya akan mudah menarik minat pengguna tentang sesuatu produk / jualan dan sebagainya.

Seperti iklan dibawah ini, iklan yang dipaparkan sangat kreatif dan kita mudah faham walaupun iklan tersebut dalam bahasa inggeris. 

Pendek kata, orang yang tak faham bahasa inggeris pun boleh faham iklan - iklan sebegini.


* Admin berharap dapat buat iklan yang lebih kreatif dari iklan - iklan dibawah ini...hehe. 


1. PANASONIC NOSE HAIR TRIMMERS

Iklan ini betul - betul kreatif. Berfikir diluar kotak. Ia menggunakan kemudahan sedia ada di sekitar bandaraya seperti kabel telefon, wayar tiang elektrik dsb. Ianya betul - betul berkesan. 




2. ADIDAS

Oliver Kahn, penjaga gol Germany yang hebat suatu masa dahulu turut dijadikan iklan bersaiz besar berdekatan dengan Munich Airport. Ianya juga mungkin iklan bola terbesar di dunia pada ketika itu.



Sedia Untuk Berkhidmat

Jika dilihat pada gambar di bawah ini, ada 3 jenis kenderaan sedang dicuci. Tapi salah satunya akan diserahkan kepada penyewa/pelanggan pada malam ini.
Tak kisah lah mana satu pun kenderaan yang kami hendak sewakan, mesti dimandikan bersih - bersih dahulu. Hehee...

Seperti biasa, sebelum proses penyerahan, kenderaan mestilah dalam keadaan bersih, selesa, wangi, dan paling penting 'tip-top'. Barulah customer puashati, senyum lebar dan berbaloi dengan kos yang dia keluarkan. Betul tak ? :)

Jika anda hendak menyewa kenderaan dengan kami, jangan malu dan segan untuk hubungi kami. (Sila rujuk di ruangan 'hubungi kami' ).
Atau layari facebook pages kami : Nusa Travel & Car Rentals


Senarai Harga Sewa Kenderaan NTCR 2014

Berikut adalah senarai harga sewa (harian, mingguan, bulanan, charter dll ) untuk tahun ini.

* usah bimbang soal harga, kita nego sampai jadi. :)




Kereta Sewa Terbaik & Termurah di Kota Kinabalu, Sabah

Kami dari Nusa Travel & Car Rentals Sabah menyediakan perkhidmatan kenderaan sewa terbaik, termurah yang anda boleh dapat di sekitar Kota Kinabalu khususnya.

Dengan kadar sewa terbaik dan termurah, kami juga menyediakan kenderaan BARU sahaja.
Ini bermakna anda tak perlu risau dengan kondisi kenderaan sewa dari kami.

Kenderaan sewa terdiri dari pelbagai jenis. Antaranya Family Car ( kereta keluarga ), MPV ( Proton Exora, Perodua Alza, Toyota Innova Toyota Avanza ), 4WD ( Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Toyota Fortuner ), VIP Car ( Toyota Vellfire, Lexus ), Bas Persiaran ( 40 tempat duduk / berpemandu ) dan banyak lagi.

Kami juga mempunyai "Budget Homestay" dengan harga mampu sewa.

Hubungi kami untuk tempahan awal untuk melayakkan anda mendapatkan harga terbaik.


Kami boleh dihubungi melalui :-







"Kenangan Manis Anda, Keutamaan Kami"



Copyright© All Rights Reserved keretasewanusasabah.blogspot.com