TIPS MEMILIH HOMESTAY ( Khususnya di Sabah )

TIPS MEMILIH HOMESTAY ( DI SABAH )

Hai,

Kali ini Nusa Travel & Car Rentals Sabah ingin berkongsi sedikit tips dan panduan untuk memilih atau menempah homestay - homestay khususnya di seluruh Sabah.

Tujuan utama anda memilih homestay sebagai tempat penginapan percutian adalah untuk menjimatkan kos disamping merasai sendiri suasana sebenar cara hidup kampung di sesebuah daerah atau perkampungan di kawasan percutian anda. Ianya terasa seakan - akan berada di rumah sendiri. Ianya juga sesuai untuk percutian ahli keluarga atau rakan dalam kumpulan yang besar dan ramai.



May Homestay, Kundasang

1. HARGA YANG BERPATUTAN

Sememangnya tidak dinafikan, bila kita merancang untuk bercuti, faktor kewangan adalah perkara utama dalam memastikan percutian berjalan lancar. Jadi, tujuan sebenar kenapa anda memilih Homestay kerana ianya dapat menjimatkan kos jika dibandingkan dengan menginap di hotel ( jika anda bercuti dengan jumlah keluarga/rakan yang ramai ).

Di samping itu, dengan menginap di Homestay, anda sekeluarga dapat berkumpul, berbincang, dan yang paling penting dapat memasak dan makan bersama - sama ahli keluarga anda. 

Tak perlu bimbang over budget dalam hal - hal makanan . :)
University Condo Apartment (UCA) Homestay

2. LOKASI

Pemilihan lokasi yang amat strategik ( samada berhampiran dengan pusat bandar, berhampiran dengan jalan utama, dan sebagainya ) merupakan salah satu faktor utama dalam memilih homestay yang terbaik untuk anda sekeluarga. Homestay yang diinginkan mestilah berdekatan dengan tempat - tempat lawatan anda. Dengan memilih homestay sebegini, kos perjalanan, kos masa dan paling penting kos minyak kenderaan anda ( sekiranya anda menyewa kenderaan )dapat dikurangkan dan sekaligus mengelakkan pembaziran. 

Elakkan menyewa homestay yang jauh dari jalan utama ke pusat bandar atau ke tempat - tempat sasaran lawatan anda sekeluarga. TERUTAMA sekali bagi mereka yang pertama kali datang bercuti ke sesuatu tempat tersebut. Walaupun dengan bantuan GPS, kadang - kadang line internet  yang anda guna belum tentu dapat coverage yang penuh di kawasan tersebut. 

3. KESELESAAN

Keselesaan juga memainkan peranan penting dalam memilih homestay. Walaupun ramai yang berpendapat homestay hanyalah untuk mereka mandi dan tidur sahaja, tetapi kita kena lihat dari semua aspek yang berkaitan dengan keselesaan homestay tersebut. 

Sebelum anda membuat bayaran deposit atau tempahan, pastikan anda membuat sedikit research tentang homestay yang bakal anda inap. Banyak blog - blog atau website yang anda boleh rujuk untuk mendapatkan maklumat tentang homestay yang anda ingin inap. Pendek kata, google sahaja, pasti jumpa jawapannya :)

*Anda boleh layari blog ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai homestay yang ada di sekitar Sabah.

Tips : Di Sabah misalnya, sekiranya anda ingin tinggal di homestay sekitar pusat bandar Kota Kinabalu, anda bolehlah mencari homestay yang berhampiran contohnya Marina Condo, Promenade Service Apartment, Cybercity Homestay, Api-Api Homestay  dan banyak lagi homestay di dalam dan berhampiran pusat bandar. Manakala sekiranya anda ingin menginap di homestay sekitar Kundasang, pastikan anda memilih homestay yang mengadap Gunung Kinabalu. Pastinya cuti-cuti anda terasa lebih bermakna dan banyak kenangan manis yang akan anda alami.

4. KEMUDAHAN

Antara ciri-ciri lain yang ada pada sesebuah homestay ialah KEMUDAHAN. Antara kemudahan disediakan yang wajib anda ambil tahu ialah :-
  • Jumlah / saiz bilik tidur
  • jenis katil
  • ruang dapur
  • ruang tamu
  • kemudahan tandas / bilik air
  • Parking yang berhampiran
  • Berhampiran dengan kedai runcit, dobi, pekan kecil atau pekan besar, bank dan sebagainya.
  • WiFi ( mungkin benda wajib yang semua pelancong perlu tanya :) )

*sekiranya tips ini ada yang terkurang..anda bolehlah berkongsi ilmu bersama saya di ruangan komen dibawah. tq ya

Apa pun homestay yang anda pilih, pastikan anda bawa balik seribu satu kenangan manis untuk dikongsi bersama. Dan pastikan juga anda membuat tempahan kenderaan sewa dengan kami Nusa Travel & Car Rentals Sabah sekiranya anda datang ke Sabah. Tak bermakna juga kalau anda tinggal di homestay tanpa pengangkutan, betul tak ? :)

Nak cantik lagi, kami ada menyediakan pakej untuk kesenangan anda.
Pakej Homestay + kenderaan sewa ( Nissan Urvan 14 seater ) selama 2hari 1malam dengan harga yang menarik dan ekonomi. 

Nak tau harga pakej ? Hubungi kami di talian tertera dibawah

NUSA TRAVEL & CAR RENTALS SABAH













No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved keretasewanusasabah.blogspot.com