Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Sabah ( SIFC ) 2014 DITUNDA lagi.

Jika sebelum ini, mungkin ramai yang tidak sabar untuk melihat pertandingan berprestij yang julung kali diadakan di Sabah. Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Sabah 2014 ( Sabah International Fireworks Competition 2014 ( SIFC ) ) pada mulanya dijangka berlangsung pada bulan September 2014. Akan tetapi ditunda kepada tarikh yang bakal diumumkan bagi memberi laluan dan penghormatan kepada mangsa - mangsa tragedi MH 17.


Tidak lama selepas itu, tarikh baru untuk pertandingan berprestij itu telah diumumkan oleh pihak SIFC melalui website dan Facebook Pages pada tarikh 21-30 November 2014 bertempat di Taman Awam Teluk Likas.

Buat pertama kalinya, Sabah International Fireworks Competition ( SIFC ) 2014 dijangka akan berlangsung pada 21 - 30 November 2014 bertempat di Taman Awam Teluk Likas, Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.

Sebanyak 8 kumpulan profesional dari seluruh dunia akan menyertai pertandingan ini dimana setiap daripada mereka akan mempersembahkan kreativiti dan kelainan dalam efek serta warna pertunjukan bunga api yang akan dipamerkan.

Bayangkan lebih 8 hari berturut-turut Bandaraya Kota Kinabalu akan diserikan dan digegarkan dengan persembahan lebih 50 letupan bunga api hampir setiap malam !!


Petikan daripada Facebook : NTCR


Terkini, bila kami melayari website SIFC sendiri, satu pengumuman baru telah dikeluarkan oleh pihak tersebut yang mana pertandingan itu ditunda sekali lagi ke tahun 2015. Mungkin ada yang sedikit kecewa memandangkan ini adalah acara yang julung kali diadakan di Sabah.

Antara petikan terbaru dalam website SIFC : "Due to unforeseen circumstances, SIFC has been postponed to 2015. We apologise for any inconveniences caused"

Apa pun, sebagai peminat bunga api khususnya, kenalah bersabar atas pengumuman itu. Kita harapkan supaya tahun hadapan segala perancangan oleh pihak SIFC berjalan lancar.

Berikut adalah posting  yang sempat kami update di Facebook Pages kami beberapa bulan lepas.
Kebetulan ada customer kami yang bercuti ke Sabah pada tarikh pertandingan tersebut. Namun apakan daya, kita hanya merancang. :)

posting kami di FB Pages Nusa Travel & Car Rentals beberapa bulan yang lalu .
Klik dibawah ini.
http://goo.gl/sCDBxP

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved keretasewanusasabah.blogspot.com