TIPS MEMILIH HOMESTAY ( Khususnya di Sabah )

TIPS MEMILIH HOMESTAY ( DI SABAH )

Hai,

Kali ini Nusa Travel & Car Rentals Sabah ingin berkongsi sedikit tips dan panduan untuk memilih atau menempah homestay - homestay khususnya di seluruh Sabah.

Tujuan utama anda memilih homestay sebagai tempat penginapan percutian adalah untuk menjimatkan kos disamping merasai sendiri suasana sebenar cara hidup kampung di sesebuah daerah atau perkampungan di kawasan percutian anda. Ianya terasa seakan - akan berada di rumah sendiri. Ianya juga sesuai untuk percutian ahli keluarga atau rakan dalam kumpulan yang besar dan ramai.



May Homestay, Kundasang

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Sabah ( SIFC ) 2014 DITUNDA lagi.

Jika sebelum ini, mungkin ramai yang tidak sabar untuk melihat pertandingan berprestij yang julung kali diadakan di Sabah. Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Sabah 2014 ( Sabah International Fireworks Competition 2014 ( SIFC ) ) pada mulanya dijangka berlangsung pada bulan September 2014. Akan tetapi ditunda kepada tarikh yang bakal diumumkan bagi memberi laluan dan penghormatan kepada mangsa - mangsa tragedi MH 17.


Tidak lama selepas itu, tarikh baru untuk pertandingan berprestij itu telah diumumkan oleh pihak SIFC melalui website dan Facebook Pages pada tarikh 21-30 November 2014 bertempat di Taman Awam Teluk Likas.

Buat pertama kalinya, Sabah International Fireworks Competition ( SIFC ) 2014 dijangka akan berlangsung pada 21 - 30 November 2014 bertempat di Taman Awam Teluk Likas, Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.

Sebanyak 8 kumpulan profesional dari seluruh dunia akan menyertai pertandingan ini dimana setiap daripada mereka akan mempersembahkan kreativiti dan kelainan dalam efek serta warna pertunjukan bunga api yang akan dipamerkan.

Bayangkan lebih 8 hari berturut-turut Bandaraya Kota Kinabalu akan diserikan dan digegarkan dengan persembahan lebih 50 letupan bunga api hampir setiap malam !!


Petikan daripada Facebook : NTCR

Kota Kinabalu Timelapse video

Bagi sesiapa yang merancang untuk ke Sabah ( khususnya musim cuti sekolah nanti ), anda boleh saksikan video menarik ini. Sebuah timelapse video yang menarik yang dirakamkan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Antara lokasi yang sempat dirakamkan dalam video ini ialah :-

EVENT 2014 : TAMU GADANG UNIVERSITI MALAYSIA SABAH ( UMS ) 2014

Logo Rasmi Tamu Gadang 2014

Seperti tahun - tahun sudah, Pesta Tamu Gadang akan berlangsung sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) yang ke-16. Pesta Tamu Gadang ini akan bermula pada 18-24 November 2014 ini. ( Bersamaan dengan tarikh konvokesyen UMS 2014 : 21-24 Nov 2014 )

Pesta Tamu Gadang ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada Mahasiswa / Mahasiswi dan juga pengunjung dari luar untuk datang melihat dan menyertai aktiviti - aktiviti yang dianjurkan sepanjang tempoh pesta tersebut.

Antara aktiviti - aktiviti yang akan dijalankan sepanjang pesta tersebut ialah :-


  • Pocket Bike Race
  • Bikers Show
  • Car Autoshow
  • Aktiviti Berbasikal Malam
  • Pertandingan Menyanyi Lagu Tempatan
  • Pertandingan Menari Moden ( Modern Dance )
  • Pertandingan Koir
  • Pertandingan Konsert Pelajar
  • Strongest Man Challenge
  • Pertandingan Permainan Video "Dota"
  • Perlumbaan Kereta "Tamiya"
dan banyak lagi......
Copyright© All Rights Reserved keretasewanusasabah.blogspot.com