TIPS : Bercuti di Musim Hujan

Pada ketika ini, musim cuti persekolahan sudahpun bermula. Ramai yang sudahpun mula membawa keluarga mereka bercuti - cuti samada di dalam dan luar negara.

Di Malaysia khususnya, pada penghujung tahun sebegini kebiasanya musim tengkujuh akan bermula. Musim tengkujuh yang biasanya berlaku di antara bulan Oktober sehingga penghujung Januari depan.




Walaupun hujan lebat dijangka melanda sepanjang cuti persekolahan akhir tahun, ramai yang masih menganggap itu bukanlah satu isu besar buat mereka. Bahkan mereka tetap meneruskan aktiviti percutian mereka. Apatah lagi jikalau ianya sudah diatur lama dan tempahan ( penerbangan, hotel, homestay, kereta sewa ) sudah ditempah awal.

Bagi yang bercuti di Sabah khususnya, bercuti di musim hujan atau musim tengkujuh ini mungkin satu pengalaman yang menarik jika dilihat dari satu sudut lain. Ini kerana ada beberapa tempat seperti Kundasang misalnya, suhu di sepanjang pekan tersebut akan menjadi lebih sejuk. Seolah - olah kita berada diluar negara. :D

Pada kali ini, kami ingin berkongsi tips dan idea yang mungkin sedikit sebanyak boleh membantu bagi mereka yang datang ke Sabah pada musim ini.

TIPS BERCUTI DI MUSIM HUJAN.

  1. BUAT PERANCANGAN AWAL. Dengan perancangan yang awal dan teliti, anda akan sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang kemungkinan ketika musim hujan.
  2. KELENGKAPAN. Pastikan kelengkapan anda dibawa secukupnya. Contohnya pakaian yang sesuai dengan suhu sejuk, payung, selipar yang tidak licin, baju hujan atau jaket sejuk, ( untuk baju hujan pula, anda bolehlah membeli baju hujan jenis pakai buang atau lebih dikenali sebagai 'poncho' ), topi, dan tuala kecil. Dengan keadaan cuaca yang agak basah, kesemua keperluan disebut tadi merupakan benda wajib yang anda perlu bawa.
  3. PENGANGKUTAN. Bagi mereka yang datang bercuti, pengangkutan merupakan antara faktor utama dalam merancang percutian. Lebih - lebih lagi di musim hujan. Pastikan anda sudahpun menempah kenderaan sewa sekiranya anda bercuti bersama keluarga. Dengan menggunakan kenderaan, perjalanan anda lebih mudah menuju ke sesuatu destinasi.  (Tempah kenderaan sewa dengan kami disini)
  4. PAKEJ YANG SESUAI. Bagi yang memilih bercuti bersama agensi pelancongan, pilihlah pakej yang bersesuaian dengan keadaan dan kesesuaian keluarga anda. Bincang dan minta nasihat dari agensi pelancongan anda tentang lokasi - lokasi yang hendak dilawati sepanjang percutian anda di musim hujan.
  5. UBAT - UBATAN. Pastikan anda membawa ubat - ubatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan di musim hujan ini. Contohnya ubat selsema, ubat demam dan lain - lain ubat sampingan.
  6. JAUHI AKTIVITI BERASASKAN AIR. Ini merupakan salah satu perkara penting ketika bercuti di musim hujan. Cuba elakkan dari pergi ke tempat - tempat yang berisiko tinggi. Contohnya : melakukan aktiviti snorkeling di pulau - pulau, mandi pantai, mandi sungai, air terjun dan yang seangkatan dengannya. Lebih - lebih lagi jika percutian anda melibatkan anak - anak kecil.
  7. ANAK - ANAK. Jangan sesekali anda batalkan percutian anda dimusim hujan atas alasan takut anak - anak anda demam atau sakit. Biasakan mereka dengan keadaan atau cuaca hujan dan basah. Pembabitan anak - anak dengan cuaca hujan atau basah juga akan membuatkan mereka lebih bersedia dan mereka akan lebih peka dan kreatif terhadap percutian di musim hujan.
  8. RELAKS. Penuhkanlah aktiviti percutian anda dengan penuh ketenangan dan santai walaupun musim hujan. Ini kerana percutian bersama keluarga perlu dihabiskan dengan penuh berkualiti dan santai. 
Mungkin dengan perkongsian ini, percutian anda sekeluarga akan lebih teratur dan penuh dengan pengalaman yang menarik. Jika ada kekurangan tips dari kami, anda boleh kongsikan di ruangan komen dibawah :)


No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved keretasewanusasabah.blogspot.com