Tagal Fish Spa, Kg. Luanti Ranau

Jika anda berkunjung ke Sabah atas urusan 'makan angin' atau bercuti, jangan sesekali lepaskan peluang untuk singgah dan rehatkan kaki anda di "Tagal Fish Spa, Kg. Luanti Ranau.

Tagal Fish Spa,  Kg. Luanti Ranau

Salah satu lokasi percutian yang menarik bagi yang pertama kali menjejakkan kali ke Sabah. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke tempat ini yang terletak kira - kira 10 kilometer dari pekan Ranau mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit jika tiada gangguan trafik yang sesak.


Untuk pengetahuan anda juga, kawasan rekreasi ini juga pernah memenangi " Malaysia River Care " pada tahun 2006.

Antara tarikan utamanya ialah spa ikan ini dibuka di kawasan terbuka tanpa menggunakan jaring atau penghadang kerana ikan  - ikan disini sudah dibiasakan dengan kehadiran manusia.

Perkataan " Tagal " itu pula mempunyai maksudnya yang tersendiri. Maksud "Tagal" dalam bahasa Kadazan Dusun ialah' sebarang aktiviti  penangkapan ikan adalah dilarang sama sekali. Atau lebih mudah dalam bahasa inggeris " No Fishing " :D

Tujuan utamanya dalam melarang penangkapan ikan dikawasan tersebut adalah untuk menjaga ekosistem dan alam sekitar bagi kegunaan generasi akan datang.

Ikan yang ada didalam kawasan spa ini antaranya ialah 'ikan keli', 'ikan kelah'.

SAIZ IKAN ?????
Saiz yang paling besar boleh dikatakan dari hujung jari tangan hingga siku anda. Hehe

Bayangkan anda masukkan sahaja kaki kedalam sungai itu, ikan - ikan tersebut akan terus mengerumuni kaki anda dan mula menghisap di bahagian tumit anda.

Walaupun ikan tersebut bersaiz besar, akan tetapi ikan - ikan di sungai itu tidak membahayakan. Walaupun kanak - kanak.
Ini kerana ikan - ikan disitu sangat jinak dan 'mesra pelanggan'. Hehe




Selain spa ikan, di situ juga ada tarikan lain. Antaranya ialah jambatan gantung dan gerai - gerai makanan.

Jom ke Sabah. Jom cuti - cuti Sabah bersama kami

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved keretasewanusasabah.blogspot.com