Cuaca Sejuk di Kundasang, Ranau ( 12°c )

Selamat pagi...Sempat lg Admin ucapkan Salam Aidiladha rasanya.. :)
Berikutan dari cuaca hujan yang kerap semenjak kebelakangan ini, sekitar daerah Kundasang dikhabarkan mengalami cuaca yang amat sejuk dan berkabus. Dibawah antara cerita yang dikongsikan daripada pemilik homestay d Kundasang.

"Info : Kundasang kini mengalami Musim Sejuk dengan hujan, kabus Dan berangin dengan suhu mencecah 18 darjah celsius waktu siang Dan Turun hingga 12 darjah Celsius waktu malam. Sila bawa Baju tebal sekiranya anda ingin datang melawat ke Kundasang.
Kabus dan Kesejukan Di Kundasang
Siapa yang ada Aircond di Kundasang? kalau mahu tahu datanglah berkunjung ke Kundasang untuk mengetahuinya."

Menarik bukan ? Bagi yang belum pernah ke Kundasang, inilah peluang anda untuk merasai sendiri kesegaran dan kesejukan udara di Kundasang. Anda langsung terlupa akan perihal kerja, lupa segala penat lelah berjalan, bila berada di Kundasang. 
Ditambah pula dengan pemandangan GUNUNG KINABALU yang amat indah.
Pastinya pengalaman yang terbaik.

Kami kongsikan beberapa gambar yang kami ambil dari page homestay di Kundasang : HOMESTAY KUNDASANG ROSEWOOD HOME COTTAGE 




Dengan jarak perjalanan lebih kurang 2 jam dari Kota Kinabalu, sudah pasti anda akan perlukan kenderaan untuk kesana.
Hubungi kami di talian 088.771.611 atau 010.584.6629 (Nusa) untuk tempahan kenderaan sewa atau kami boleh hantar anda kesana.

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved keretasewanusasabah.blogspot.com