MEE TAUHU : Makanan Kegemaran Orang Sabah




Sebut sahaja Mee Tauhu, hampir seluruh rakyat Sabah gemarkan menu itu. Mana tidaknya, jika anda ke restoran - restoran yang menjual dan menghidangkan Mee Tauhu, sudah pasti restoran tersebut sentiasa penuh terutamanya di awal pagi.

Mee Tauhu merupakan hidangan kegemaran rakyat Sabah. Hidangannya yang simple, tetapi enak dan mengenyangkan sudah pasti ianya menjadi antara menu wajib sarapan pagi.

Bahan - bahan seperti mee goreng kosong, tauhu sumbat goreng, bebola ikan dan kek ikan yang digabungkan dengan kuah istimewa ( kuah kicap bersama tauhu masak taucu ) sudah pasti membuka selera anda bila mencubanya. Ditambah pula dengan sambal limau sebagai perisa tambahan. Hmmmm... susah hendak digambarkan dengan perkataan .. :)

Bagi yang ingin menambahkan selera, Mee Tauhu juga boleh ditambah telur goreng, sosej dan sebagainya mengikut citarasa anda. Harganya pula adalah sekitar RM 4.50 - RM 5.50 sepinggan.

Antara restoran Mee Tauhu kegemaran saya yang berada di sekitar Kota Kinabalu ialah :

- Restoran Seri Pelangi, Karamunsing ( berhampiran Kompleks Karamunsing )
- Yukota Cafe, Kingfisher Plaza, Likas ( berdepan dengan Pizza Hut Delivery )


Jika anda ada penambahan info, boleh kongsikan disini ya.

Tagal Fish Spa, Kg. Luanti Ranau

Jika anda berkunjung ke Sabah atas urusan 'makan angin' atau bercuti, jangan sesekali lepaskan peluang untuk singgah dan rehatkan kaki anda di "Tagal Fish Spa, Kg. Luanti Ranau.

Tagal Fish Spa,  Kg. Luanti Ranau

Salah satu lokasi percutian yang menarik bagi yang pertama kali menjejakkan kali ke Sabah. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke tempat ini yang terletak kira - kira 10 kilometer dari pekan Ranau mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit jika tiada gangguan trafik yang sesak.

Terminal 2 Air Asia ( Kota Kinabalu ) berpindah lagi ??

BERITA BAIK !!
Sumber foto : Google
Semua operasi penerbangan dari Terminal 2 ( Air Asia ) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ( KKIA ) dijangka akan berpindah ke Terminal 1 KKIA.

Operasi sepenuhnya dijangka berkuatkuasa pada 1 JANUARI 2015.
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Dengan tersebarnya berita baik ini, sekaligus memudahkan kesemua pengguna, penumpang kapalterbang, pekerja - pekerja Lapangan Terbang KKIA, orang awam untuk berurusan di satu lapangan terbang sahaja pada masa akan datang.

Dengan cara ini juga, penumpang kapalterbang khususnya tidak perlu lagi risau terlepas penerbangan ( sekiranya perlu bertukar penerbangan dari MAS ke Air Asia ) atau tidak perlu risau tentang kesesakan lalulintas ketika hendak bergerak ke Terminal 2.

#info

KKIA dijangka mampu menampung sehingga 6.5 juta penumpang setahun selain memenuhi keperluan semua operasi penerbangan termasuk syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.

================
Jom cuti - cuti ke Sabah bersama kami :
Nusa Travel & Car Rentals Sabah

TIPS : Bercuti di Musim Hujan

Pada ketika ini, musim cuti persekolahan sudahpun bermula. Ramai yang sudahpun mula membawa keluarga mereka bercuti - cuti samada di dalam dan luar negara.

Di Malaysia khususnya, pada penghujung tahun sebegini kebiasanya musim tengkujuh akan bermula. Musim tengkujuh yang biasanya berlaku di antara bulan Oktober sehingga penghujung Januari depan.

TIPS MEMILIH HOMESTAY ( Khususnya di Sabah )

TIPS MEMILIH HOMESTAY ( DI SABAH )

Hai,

Kali ini Nusa Travel & Car Rentals Sabah ingin berkongsi sedikit tips dan panduan untuk memilih atau menempah homestay - homestay khususnya di seluruh Sabah.

Tujuan utama anda memilih homestay sebagai tempat penginapan percutian adalah untuk menjimatkan kos disamping merasai sendiri suasana sebenar cara hidup kampung di sesebuah daerah atau perkampungan di kawasan percutian anda. Ianya terasa seakan - akan berada di rumah sendiri. Ianya juga sesuai untuk percutian ahli keluarga atau rakan dalam kumpulan yang besar dan ramai.



May Homestay, Kundasang

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Sabah ( SIFC ) 2014 DITUNDA lagi.

Jika sebelum ini, mungkin ramai yang tidak sabar untuk melihat pertandingan berprestij yang julung kali diadakan di Sabah. Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Sabah 2014 ( Sabah International Fireworks Competition 2014 ( SIFC ) ) pada mulanya dijangka berlangsung pada bulan September 2014. Akan tetapi ditunda kepada tarikh yang bakal diumumkan bagi memberi laluan dan penghormatan kepada mangsa - mangsa tragedi MH 17.


Tidak lama selepas itu, tarikh baru untuk pertandingan berprestij itu telah diumumkan oleh pihak SIFC melalui website dan Facebook Pages pada tarikh 21-30 November 2014 bertempat di Taman Awam Teluk Likas.

Buat pertama kalinya, Sabah International Fireworks Competition ( SIFC ) 2014 dijangka akan berlangsung pada 21 - 30 November 2014 bertempat di Taman Awam Teluk Likas, Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.

Sebanyak 8 kumpulan profesional dari seluruh dunia akan menyertai pertandingan ini dimana setiap daripada mereka akan mempersembahkan kreativiti dan kelainan dalam efek serta warna pertunjukan bunga api yang akan dipamerkan.

Bayangkan lebih 8 hari berturut-turut Bandaraya Kota Kinabalu akan diserikan dan digegarkan dengan persembahan lebih 50 letupan bunga api hampir setiap malam !!


Petikan daripada Facebook : NTCR

Kota Kinabalu Timelapse video

Bagi sesiapa yang merancang untuk ke Sabah ( khususnya musim cuti sekolah nanti ), anda boleh saksikan video menarik ini. Sebuah timelapse video yang menarik yang dirakamkan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Antara lokasi yang sempat dirakamkan dalam video ini ialah :-
Copyright© All Rights Reserved keretasewanusasabah.blogspot.com